Alasan Masalah Brek Konon


Masalah brek konon kononnya dipercayai punca pemandu gagal mengawal lori sebelum mengundur lalu melanggar lapan kenderaan di Rawang Mutiara Business Centre, di sini petang semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.47 petang.

Katanya, sejurus itu sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, pihanya dapati kemalangan berlaku melibatkan lapan kenderaan dengan sebuah lori pasir di hentian lampu isyarat.

Lori tersebut dipercayai mengalami kegagalan sistem brek sebelum mengundur secara perlahan dan melanggar kenderaan di belakang.


Morni berkata, bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit.

Semua mangsa dalam kenderaan didapati sempat menyelamatkan diri setelah menyedari perkara berkenaan.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesahkan baru menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut.


#

alasan 'klise'nya adalah lori alami masalah brek. naya betul la kat kenderaan lain yang dirempuh tu. dah la dekat nak raya ni. semoga dipermudahkan urusan mereka yang terlibat.so macam mana... claim insurance lorry?

Sape nak tanggung semua ni. allahuu. Moge urusan mangsa2 dipermudahkan

patut saman puspakom sebab telah meluluskan lori yang tak sepatutnya berada di atas jalan raya. Ini masa mangsa saman puspakom pulak.
 

0/kiriman komen