Arnold Schwarzenegger Tampal Sendiri Lubang


Bekas hero filem The Terminator, Arnold Schwarzenegger menampal lubang di atas jalan raya dengan menggunakan kudratnya di sebuah kawasan kejiranan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Schwarzenegger, 75, bertindak demikian pada lubang besar yang tidak dibaiki dan telah ‘mengganggu’ kawasan kejiranannya selama berminggu-minggu.


Menerusi video ini , dia dan dua lelaki lain menggunakan konkrit berbungkus untuk membaiki jalan di kawasan Brentwood ,selepas seluruh kawasan kejiranan kecewa dengan jalan berlubang gergasi ini yang merosakkan kereta dan basikal selama berminggu-minggu.

Beliau keluar bersama pasukannya dan membetulkannya. Dia selalu berkata, jangan mengeluh, mari kita lakukan sesuatu mengenainya.

Lelaki itu memakai kasut but kerja dan jaket kulit ketika melakukan kerja-kerja menampal jalan raya tersebut.

Penduduk Brentwood dilaporkan telah membuat permintaan berulang kali untuk kerja-kerja pembaikan sejak ribut musim sejuk melanda sebelum ini sehingga menyebabkan jalan raya berlubang dan retak.
 

0/kiriman komen