Ikan Paling Dalam Di Dunia


Sepasukan saintis berjaya merakam sejenis ikan yang hidup pada kedalaman menakjubkan di lautan, menjadikannya pemerhatian paling dalam seumpamanya.

Spesies tersebut dinamakan ikan snailfish atau ikan siput daripada genus Pseudoliparis dirakam berenang pada kedalaman 8,336 meter menggunakan kamera kapal selam kawalan jauh di Jurang Izu-Ogasawara, Lautan Pasifik di selatan Jepun.

Ketua pasukan saintis itu berkata, ikan siput hidup pada kedalaman maksimum untuk spesies ikan di dalam laut.


Pemerhatian ikan yang paling dalam sebelum ini dibuat pada kedalaman 8,178 meter di lokasi lebih jauh ke selatan Lautan Pasifik di Jurang Mariana. Penemuan terkini itu mengatasi rekod kedalaman di Jurang Mariana sebanyak 158 meter.

Menurut kata Profesor Alan Jamieson,sekiranya rekod ini dipecahkan, ia hanya pada selaman beberapa minit, dengan perbezaan hanya beberapa meter.

Saintis laut dalam di Universiti Australia Barat itu membuat ramalan 10 tahun lalu bahawa ikan mungkin ditemui pada kedalaman 8,200 meter hingga 8,400 meter. Satu dekad kemudian, kajian di seluruh dunia mengesahkan perkara tersebut.

Beberapa ikan siput itu difilemkan menggunakan sistem kamera yang dipasang pada bingkai sisi kapal selam DSSV Pressure Drop.

Walaupun spesimen itu tidak ditangkap untuk mengenal pasti jenis spesiesnya sepenuhnya, beberapa ikan siput itu berjaya dirakamkan berada dekat Jurang Izu-Ogaswara pada kedalaman 8,022 meter.

Ia adalah ikan paling dalam yang pernah dirakamkan berenang di lautan.
 

0/kiriman komen