Seekor kucing melompat pada jubah seorang imam ketika solat Tarawih di sebuah masjid di Bordj Bou Arreridj, Algeria pada Isnin lalu.
Kucing itu pada mulanya, muncul di bahagian kanan iman berkenaan, Walid Mehsas ketika dia membacakan surah al-Fatihah dan mengiau sebelum memanjat jubah Walid, seolah-olah bagi memberitahu tentang kehadirannya.
Kucing itu kemudian beralih dan berlegar-legar di tepi perabot dekat bahagian kanan imam tersebut dan satu ketika memasuki bawah jubah imam yang sedang berdiri itu.
Ia kemudian melompat ke bahagian dada imam berkenaan. Walid cuba memegang kucing dengan tangan kanannya sebelum kedua-dua tangannya memegang haiwan itu.
Kucing itu kemudian melepaskan diri dan memanjat bahu imam tersebut. Ia juga cuba menjilat pipi Walid sebelum ia melompat turun.
Catat Ulasan