Satu imej mengerikan menunjukkan seekor kutu parasit berada pada bola mata seorang pesakit warga emas tua berusia dalam lingkungan 70-an di Argentina.
Pesakit itu dilaporkan pergi ke sebuah hospital dan mengadu matanya ‘gatal’ serta berdarah. Ketika melakukan pemeriksaan, doktor mendapati terdapat seekor kutu pada bahagian skleranya iaitu lapisan luar bola mata.
Tiada butiran lanjut didedahkan tetapi doktor biasanya menggunakan penyepit kecil untuk mengeluarkan kutu seperti dalam kes tersebut.
Catat Ulasan