Letak Kereta Secara Haram…Kepala Hotak Letak Dekat Mana Sial…?


Bas pengantara Transit Aliran Massa (MRT) terhalang akibat kenderaan-kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

Kejadian tersebut telah menyebabkan kesesakan di laluan keluar di stesen MRT Cyberjaya City Centre.

Dua buah bas tersebut dilihat tidak dapat meneruskan perjalanan kerana terhalang oleh kenderaan yang diletakkan secara haram di bahu jalan.


Orang letak kereta kiri dan kanan bahu jalan. Tidak fasal bas pengantara sangkut dan lambat daripada jadual.

Ramai yang mengecam tindakan pemilik-pemilik kenderaan tersebut disamping menyalahkan pihak berwajib kerana tidak menyediakan tempat parkir secukupnya.

Penguatkuasa harus ambil tindakan tegas untuk kemudahan orang ramai agar perkara sebegini tidak berulang lagi.

Buatlah tempat letak kereta banyak mana pun, kalau orang nak letak kereta tepi jalan pun mereka tetap akan buat. Kalau boleh nak letak depan stesen sebab malas berjalan.

 

0/kiriman komen