Memerang Hempas Telefon Pelawat


Seekor memerang di Zoo Lisbon, Portugal menghempas sebuah telefon bimbit milik pengunjung yang terjatuh ke dalam air ke arah batu berulang kali.


Seorang pelawat zoo yang tidak bernasib baik apabila menjatuhkan telefon bimbit ke dalam kandang memerang.

Menerusi video ini,memerang itu memukul dan menghempas telefon pintar jenama iPhone itu ke batu secara berterusan.

Pada satu ketika, haiwan itu berhenti menghempas telefon tersebut dan meletakkannya di atas badannya ketika ia terapung di atas air.

Ia kemudian dilihat membiarkan peranti tersebut dan menyimbah mukanya dengan air.

Selepas kembali menyentuh iPhone itu, ia mula menghempas telefon tersebut pada badannya secara agresif.

Kasihan memerang itu fikir ia adalah kerang tetapi sukar untuk membukanya.
 

0/kiriman komen