Motosikal Rempuh Rumah


Seorang penunggang motosikal terbabas di jalan berbukit sebelum merempuh bumbung sebuah rumah dalam kemalangan di Jawa Tengah, Indonesia ketika orang ramai pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.


Menerusi video ini, sekumpulan penduduk kampung kelihatan mengerumuni sebuah rumah di tepi jalan.

Perakam menjelaskan bahawa bumbung rumah itu berlubang kerana dihempap sebuah motosikal, sebelum menunjukkan jalan curam di hadapan rumah berkenaan.

Penunggang motosikal itu dikatakan hilang kawalan ketika menuruni curam sebelum melanggar atap genting rumah penduduk sehingga rosak.

Video ini kemudian memaparkan situasi di dalam rumah yang berselerak. Motosikal itu jatuh tepat di atas dapur rumah berkenaan dan mengakibatkan peralatan memasak bersepah.

Motosikal itu dinaiki sepasang suami isteri bersama seorang anak mereka dengan pemandu tersebut cedera parah. Penghuni rumah tersebut turut cedera ketika kejadian.
 

0/kiriman komen