SUV ‘Ditelan’ Lubang


Orang ramai menyaksikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan dua kanak-kanak turut berada di dalamnya ‘ditelan’ sebuah lubang benam yang dipenuhi air panas mendidih.

Empat orang dilaporkan cedera, termasuk seorang daripada dua kanak-kanak yang menaiki SUV  itu. Lubang tersebut terbentuk di Jalan Drovyanaya, bandar raya St Petersburg, Russia kelmarin.


Lubang benam itu muncul selepas paip air panas pecah dan menyebabkan tanah serta asfalt di bawah kenderaan tersebut runtuh.

Dalam kejadian itu, pemandu dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun melecur dan dihantar ke hospital, manakala seorang lagi kanak-kanak dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Salah seorang daripada mereka dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana melecur lebih 30 peratus pada badannya.

Banyak bandar di Russia mempunyai loji pemanasan gergasi yang menyalurkan air panas ke taman perumahan, manakala paip pecah adalah perkara biasa disebabkan infrastruktur yang semakin ‘tua’.

Kementerian Situasi Kecemasan berkata dalam satu kenyataan berkata,kedua-dua mangsa dihantar ke hospital dengan melecur pada bahagian kaki mereka.
 

0/kiriman komen