Terkejut Biawak Gemuk Ceroboh Bilik Air


Seekor biawak besar menceroboh masuk ke dalam sebuah bilik air melalui lubang udara menjadi tular di Indonesia.

Kejadian itu berlaku selepas seorang wanita bangun dari tidur pada waktu siang. 

Apabila memasuki bilik air, wanita itu ternampak seekor biawak hitam tersangkut pada lubang udara bilik airnya. 


Dia kemudian bersembunyi di sebalik pintu tandas dan merakam biawak itu melintas kawasan di dalam bilik air.

Wanita itu sempat meminta bantuan daripada pengawal keselamatan, namun dia tidak datang ke rumah mangsa. Akhirnya biawak itu berjaya masuk ke dalam rumahnya.

Jumpa cicak dalam bilik air pun dah trauma, berani betul perempuan ni. Kalau saya jadi awak memang saya panggil mak.

Gemuk betul biawak ni, nak keluar tersangkut pula.
 

0/kiriman komen