Teruskan Penerbangan Selepas Enjin Terbakar


Enjin sebuah pesawat membawa 167 penumpang terbakar sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Kathmandu di  Nepal kerana pelanggaran dengan seekor burung,

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan  Awam Nepal, Jagannath Niroula berkata, enjin pesawat syarikat penerbangan Flydubai yang dalam perjalanan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu terbakar ketika baru berlepas, namun api berjaya dikawal.


Melalui  rakaman insiden ini menunjukkan percikan api muncul sebanyak dua kali pada bahagian enjin pesawat Boeing 737-800 tersebut. 

Pada awalnya, juruterbang difahamkan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Kathmandu di mana jentera bomba sedang bersiap sedia.

Namun, Flydubai mengesahkan bahawa penerbangan FZ576 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sejurus selepas tengah malam (waktu tempatan) meskipun enjinnya terbakar pada awalnya.

Penerbangan Flydubai FZ576 pada 24 April 2023 dari Lapangan Terbang Kathmandu telah mendarat dengan selamat di Lapangan  Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada pukul 12.11 tengah malam (waktu tempatan) selepas dilanggar oleh burung ketika berlepas.

Menurut kata jurucakap Flydubai,juruterbang mereka yang berpengalaman mengikuti prosedur operasi standard dan meneruskan perjalanan ke Dubai selepas mendapati enjin pesawat berada pada parameter operasi normal.

 

0/kiriman komen