Tetamu Pecahkan Meja Tuan Rumah


Seorang tetamu telah memecahkan meja kaca milik tuan rumah ketika datang beraya.

Menerusi video ini menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita berdiri di belakang sebuah meja kaca untuk bergambar beramai-ramai.

Seorang lelaki muncul di hadapan kamera untuk menetapkan fungsi ‘self timer’ pada kamera tersebut.

Ketika membongkok  untuk mengendalikan kamera,  dia melanggar dan  terduduk di atas meja kaca itu.


Meja berkenan pecah kepada dua bahagian, menyebabkan balang-balang kuih raya jatuh berselerakan.

Lelaki tersebut dan rakan-rakannya  terkejut dan tergamam sebelum beberapa orang ketawa dan keluar daripada rakaman itu.

Mereka  membantu lelaki berkenaan mengemaskan kembali meja yang sudah pecah.

Apabila tuan rumah melihat keadaan itu, Abi (lelaki yang memecahkan meja) meminta maaf. Dia berkata mahu menggantikan meja itu, namun tuan rumah sempat bergurau dan tidak marah kepadanya.

Lelaki itu dikatakan telah menggantikan meja yang pecah itu.

Tuan rumah tidak boleh marah kerana Hari Raya Aidilfitri.
 

0/kiriman komen