Baling Duit Raya Dari Atas Bangunan


Seorang lelaki di Mesir mengagihkan duit raya dengan cara melemparnya dari tingkap dua sebuah pejabat.

Lelaki itu muncul di tingkap tingkat dua bangunan pejabatnya dan melemparkan wang kepada orang ramai.


Orang ramai yang berkumpul di bawah bangunan itu berpusu-pusu menangkap wang tersebut. 

Mereka kelihatan teruja ketika wang itu jatuh ke tanah. Sesekali terdengar mereka menjerit ‘Hasan ya Hasan’. 

Cara lelaki itu mengagihkan duit raya menarik perhatian di media sosial.
 

0/kiriman komen