Bawa Satu Kampung Berarak


Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial apabila rombongan pengantin lelaki membawa begitu ramai pengiring sehingga dikatakan menyamai bilangan penduduk di kampung tersebut.



Berdasarkan klip video ini, pengantin lelaki pada awalnya dilihat berdiri di barisan hadapan rombongan yang sedang berarak ke rumah pengantin perempuan.


Dia yang memakai persalinan berwarna putih ditemani ibu dan bapanya.

Rombongan tersebut rupa-rupanya terdiri daripada ramai orang yang jumlahnya tidak dinyatakan sambil memegang barang hantaran.

Jumlah mereka dikatakan menyamai penduduk di kawasan kampung tersebut.

Pengantin lelaki dan pengantin perempuan bukan sekadar tinggal sekampung, bahkan kedua-dua keluarga turut mempunyai ikatan kekeluargaan. 

Disebabkan itu, keluarga besar kedua-dua belah keluarga yang turut disertai oleh ramai penduduk kampung menyertai acara berarak itu.

Ramai betul, ini sudah seperti acara berjalan secara sihat dan orang dapur pasti  berdebar-debar.
 

0/kiriman komen