Cantas Pokok Jiran


Seorang wanita di Britain didapati bersalah melakukan jenayah kerosakan selepas merosakkan pokok-pokok jiran yang menjulur keluar ke halaman rumahnya.

Perbuatan khianat oleh defendan, Julie Bontoft, 55, dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV).


Bontoft dilihat mendongak ke arah lensa CCTV dan membuat ekspresi pelik ketika merosakkan pokok-pokok jirannya.

Beberapa jiran lain berkata, dia kelihatan seperti ‘dirasuk’ ketika itu. 

Menurut penduduk setempat, perbuatan Bontoft merosakkan pokok-pokok jirannya menjadi punca mangsa berpindah ke kawasan lain. 

Bontoft telah merosakkan enam batang pokok bernilai £210 (RM1,195) antara 19 Februari hingga 6 mac 2021, demikian menurut perbicaraan mahkamah pada Jumaat lalu.

Dia diperintahkan membayar denda £620 (RM3,531) selepas didapati bersalah.
 

0/kiriman komen