Gangster Jalanan Dan Langgar Motorsikal Akhirnya Di Saman


Selepas tular rakaman kamera papan pemuka (dashcam) di media sosial, pemandu kereta Honda jenis HR-V akhirnya disaman pihak polis kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan 21/37, di sini pada 3 Mei lalu.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, berdasarkan klip video berkenaan, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu telah melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha sekitar pukul 7.10 pagi.

Pihaknya  telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Tindakan saman sudah dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan kenderaan SUV terbabit atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Pihaknya  tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang memandu secara berbahaya dan tindakan tegas akan diambil ke atas pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang.
 

0/kiriman komen