Anggota-anggota sebuah pasukan penyiasat paranormal mendakwa berjaya merakam hantu yang membuka pintu selepas diminta berbuat demikian ketika mereka melawat hotel paling berhantu di Britain iaitu Dewan Kastil Bromwich di Birmingham.
Menerusi video ini, melalui hotel yang dibina antara tahun 1557 hingga 1585 menunjukkan pintu terbuka sendiri.
Dalam rakaman itu, peranti dikenali sebagai kotak roh kedengaran berkata: “Adakah kita bersahabat?”.
Seorang penyiasat paranormal, Charlie Harker, 58, dari Walsall kemudian menjawab: “Adakah kita bersahabat? Ya, kita adalah sahabat. Sebab itu, saya mahu anda membuka pintu ini semula. Saya cuba menjadi sahabat anda.”
Beberapa saat kemudian pintu berwarna coklat gelap itu perlahan-lahan terbuka, lapor akhbar tabloid Birmingham Live.
Selepas itu, Harker berkata: “Seperti yang saya katakan, saya mahu menjadi sahabat anda, pintu telah dibuka. Terima kasih.”
Catat Ulasan