Hias Kubur Anak Tema Hello Kitty


Sepasang suami isteri di Sumatera Barat, Indonesia menghias kubur anak mereka dengan tema animasi popular, Hello Kitty.

Suami Helsa  mengecat kubur anak mereka dengan warna merah jambu, manakala batu nisan berbentuk Hello Kitty diletakkan di atasnya.


Setelah siap, Helsa menabur bunga di atas kubur yang sudah diletakkan batu-batu kerikil. 

Menurut Helsa, video itu dirakam pada 17 April lalu ketika majlis pengebumian keluarga besarnya yang kebetulan berdekatan dengan rumah.

Dia melawat kubur bayinya yang meninggal dunia selepas menjalani pembedahan. 

Menurutnya lagi,motif batu nisan tema Hello Kitty adalah inisiatif untuk mencantikkan kubur anak perempuannya kerana tidak berpeluang menjaganya. Mereka berdua fikir kubur ini boleh di cantikkan sebagai rumah terakhir anak mereka.

Maaf, lagi baik kalau tanam rumput dan bunga-bunga kecil sebab kalau tak silap tanaman di atas kubur akan mendoakan si mati.

0/kiriman komen