Kutip Ribuan Ikan Keli Bertaburan Atas Jalan


Penduduk sebuah kampung di wilayah Jawa Tengah, Indonesia membantu mengumpulkan beribu-ribu ikan keli yang bertaburan di atas jalan selepas lori yang membawa muatan itu terbalik akibat kemalangan. 


Penduduk kampung dilihat berusaha menyelamatkan ikan keli hidup yang berselerakan di atas jalan sehingga menyebabkan kenderaan lain tidak dapat melaluinya.

Kelihatan sebuah lori yang membawa muatan itu terbalik di atas jalan, manakala kawasan kejadian turut basah akibat air ikan.

Penduduk membawa penyodok dan pukat ketika membantu pemandu lori itu, bahkan ada yang menangkap ikan keli menggunakan tangan dan memasukkannya ke dalam bakul.

Beberapa individu kelihatan cuba menghalang ikan-ikan keli yang melompat ke arah sawah padi berhampiran lokasi kemalangan.

 

0/kiriman komen