Lipas Pun Jadi Tumpuan Paparazi


Seekor lipas mencuri tumpuan barisan jurugambar selepas ia dikesan di atas permaidani merah pada acara Met Gala 2023.

‘Tetamu tidak diundang’ itu membuat kejutan ketika orang ramai menunggu ketibaan penyanyi terkenal, Rihanna dan teman lelakinya, ASAP Rocky.


Kemunculan lipas itu menimbulkan kekecohan di media sosial.

Bertindak balas terhadap rakaman berkenaan memaparkan seorang jurugambar New York, Kevin Mazur menangkap gambar lipas tersebut dengan netizen menyindir: “Beginilah seriusnya saya membuat kerja!”

Tambah netizen lagi,sejujurnya, seekor lipas yang menarik perhatian di atas permaidani merah Met Gala adalah perkara paling hebat pernah saya lihat sepanjang hidup saya.

Bagaimanapun, majalah Variety kemudian melaporkan bahawa seseorang telah terpijak serangga itu.

0/kiriman komen