Marah Polis Kerana Anak Gagal Ujian Memandu


Seorang wanita memarahi seorang pegawai polis kerana anaknya gagal dalam ujian memandu di litar.Kejadian itu berlaku di Sekolah Memandu Pusat Keselamatan Riau (RSDC). 


Wanita itu pada awalnya menghampiri pegawai polis pemantau yang berada berhampiran litar, namun dia diarahkan keluar. 

Selepas mendapati anaknya gagal dalam ujian litar, wanita tersebut memarahi pegawai itu.

Pegawai berkenaan kemudian menegur semula wanita berkenaan sebelum kedua-duanya bertengkar. Wanita itu malah mengugut untuk melaporkan kepada pihak atasan.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Riau, Nandang Mu’min Wijaya berkata, pelajar itu bersama ibunya telah meminta maaf kepada pegawai tersebut atas tindakan mereka di lokasi kejadian
 

0/kiriman komen