Merpati ‘Sado’


Seekor burung merpati berbadan tegap dan tinggi yang kini tular di media sosial.

Burung merpati  itu yang mempunyai ketinggian luar biasa.Seperti pelbagai jenis baka anjing, spesies merpati juga datang dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti burung merpati pouter ini.


Jika sekilas pandang, merpati berbulu kelabu putih itu kelihatan sama seperti burung-burung lain yang boleh dilihat di jalanan.

Akan tetapi, ia sebenarnya lebih tinggi kerana memiliki kaki yang panjang dan bulu putih yang menutupi kakinya.

Ciri fizikal burung itu membuatkan ramai menyamakannya dengan watak dalam kartun animasi terkenal  Pokemon.

Namun, ada yang menyatakan bahawa burung itu adalah daripada baka unik iaitu merpati pouter Inggeris.
 

0/kiriman komen