Sebuah motosikal tersangkut pada pokok selepas terbabas kerana mengalami kegagalan brek di jalan berbukit.
Motosikal itu dinaiki oleh dua penduduk semasa menuruni sebatang jalan berbukit ketika mereka sedang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.
Kedua-dua mangsa dikatakan tercampak ke arah benteng manakala motosikal yang dipandu tersangkut pada ketinggian 3 meter.
Beberapa sukarelawan dan anggota polis dari Balai Polis Mojokerto kemudian bekerjasama menurunkan motosikal automatik itu.
Kedua-dua mangsa dilaporkan cedera. Mereka dibawa ke Hospital Sumberglagah untuk mendapatkan rawatan.
Catat Ulasan