Pasangan Kekasih Di Cekup Lakukan Aksi ‘Wheelie’


Padah melakukan aksi berbahaya ‘wheelie’ menaiki motosikal menyebabkan dua remaja ditahan pihak polis di sini kelmarin.


Menerusi video ini yang tular kelmarin menyaksikan seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan membonceng seorang perempuan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan di Jalan Chendor menghala ke Kemaman di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, bertindak atas maklumat daripada video berkenaan pihak polis berjaya mengesan kedua-dua suspek berusia 17 tahun kira-kira pukul 11.40 pagi hari berkenaan.


Hasil semakan nombor pendaftaran motosikal dan siasatan pihak polis berjaya mengesan pemilik serta alamat lengkap penunggang motosikal dan menahan suspek lelaki dan teman wanitanya di hadapan rumah mereka iaitu di Kampung Balok dan Kampung Selamat di sini.

Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda EX5 digunakan suspek dimiliki oleh ibunya yang bekerja sebagai buruh.

Siasatan mendapati suspek melakukan aksi berbahaya mengangkat tayar hadapan atau ‘whellie’ yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

 

0/kiriman komen