Peluk Islam Selepas Mengadu Solat Aidilfitri



Hidayah milik Allah...

Seorang warga emas Australia yang pergi ke masjid untuk mengadu tentang solat sunat Hari Raya Aidilfitri terlalu bising akhirnya memeluk Islam di masjid sama Sabtu lalu.

Insiden menyentuh hati dirakam menerusi video itu menunjukkan lelaki tersebut mengisytiharkan agama baharunya dalam bahasa Inggeris dan Arab sebelum menangis.


Haj Hussin Goss iaitu seorang pendakwah aktif di Australia dalam akaun Facebooknya menulis: “Selamat datang saudara kita yang masuk Islam pada hari raya ini. Saudara ini datang mengadu bunyi bising pagi ini (Sabtu) pada hari raya dan pulang sebagai seorang muslim. Allah Maha Besar.”

Hussin berkata, lelaki bernama Brian yang tinggal di rumah penjagaan warga emas dekat Masjid Gold Coast datang mengadu kepadanya tentang bunyi kuat solat sunat hari raya yang kedengaran menerusi pembesar suara. 

Beliau kemudian duduk bersama Brian selama 10 hingga 15 minit dan bercakap dengannya.

Selepas pertemuannya dengan pendakwah itu, warga emas tersebut kemudian membuat keputusan sukarela untuk menganut agama Islam.

Klip video itu kemudiannya menunjukkan Hussin mengucapkan dua kalimah Syahadah dan Brian mengulanginya

0/kiriman komen