Penduduk Kampung Berpesta Bahagikan Wang Tunai


Penduduk sebuah kampung di daerah Rohtas, dalam negeri Bihar terkejut apabila mereka menemui bungkusan berisi wang tunai.

Bungkusan itu ditemui di dalam sebuah parit di Kampung Moradabad pagi kelmarin.


Menerusi video ini  menunjukkan sebilangan penduduk mengambil wang kertas pelbagai denominasi termasuk 2,000 rupee (RM108.58), 500 rupee (RM27.14), 100 rupee (RM5.43) dan 10 rupee (RM0.54).

Tidak lama kemudian, orang ramai berpusu-pusu ke tempat itu untuk mengambil wang kertas tersebut.

Mereka bagaimanapun mendakwa bahawa wang yang ditemui itu palsu.

Pihak berkuasa kini menyiasat untuk mengenal pasti sama wang kertas itu tulen dan mencari siapa yang membuangnya ke dalam parit
 

0/kiriman komen