Pengantin Dapat Hantaran Kereta Honda


Hantaran luar biasa mewah diberikan oleh seorang pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di Desa Ngampelrejo, Tuban, utara Pulau Jawa menjadi tular di media sosial.

Ketua Desa Ngampelrejo, Tariyono berkata, hantaran itu dianggarkan bernilai sekitar  400 juta rupiah (RM121,116). Ia  termasuk sebuah kereta Honda Brio, seekor lembu, seekor kambing, 15 tan beras  yang diangkut menggunakan lima trak pikap, set perabot rumah di samping makanan serta minuman.


Dia berkata, hantaran mewah merupakan adat warga Desa Ngampelrejo, Tuban yang diamalkan sejak turun-turun temurun.

Hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan itu diharapkan dapat meningkatkan status keluarga pengantin berkenaan. 

“Jadi, ada kebanggaan sendiri bagi orang tua jika melaksanakan pernikahan dengan hantaran seperti ini,” ujarnya.

Kata Triyono, perkahwinan itu adalah antara seorang ahli perniagaan, Doni dengan gadis bernama Irnanda iaitu anak kepada  salah seorang penduduk desa tersebut. Ia berlangsung pada 30 April lalu.  
 

0/kiriman komen