Sebuah pesawat yang diletakkan di halaman sebuah rumah di Jawa Timur, Indonesia menarik perhatian orang ramai.
Pesawat berwarna merah putih dan panjang 30 meter itu dimiliki oleh seorang penduduk di daerah Nganjuk.
Rumah tersebut milik seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam sektor perdagangan, Haji Yusuf yang berusia 78 tahun.
Yusuf dan keluarganya tinggal di Jakarta dan hanya sekali-sekala pulang ke Kampung Pelem.
Penjaga rumah berkenaan, Budi Santoso, 45, berkata, pesawat itu dibawa masuk ke kampung itu pada 2019 oleh anak Yusuf, Gatotkoco menggunakan lori kontena.
Badan pesawat dipotong dua dan dimuatkan dalam dua lori kontena.
Menurut Budi lagi, pesawat itu sudah tidak berfungsi dan hanya digunakan sebagai paparan.
Bahagian dalam badan pesawat itu dibaik pulih menjadi bilik mesyuarat yang dilengkapi sofa, meja kopi dan meja makan. Tempat duduk penumpang juga telah dibuang.
Catat Ulasan