Sofa Terbang Di Ankara


Sebuah sofa dipercayai dari tingkat 21 sebuah bangunan tinggi diterbangkan angin kencang dan menghempap ​​sebuah rumah di kawasan berdekatan dalam kejadian di Ankara kelmarin.


Menerusi video ini,ia menunjukkan sofa tersebut berpusing-pusing di ruang udara lalu jatuh dan mengenai sebuah rumah.

Kejadian berlaku ketika Turkiye dilanda ribut dan angin kencang berkelajuan sekitar 80 kilometer sejam.

Mereka yang melihat kejadian itu memberikan reaksi terkejut kerana objek terbang itu rupanya sebuah sofa. Sofa tersebut kemudian jatuh dan menghempap sebuah rumah jiran. 
 

0/kiriman komen