Tarik Pikap Guna Rambut, Janggut


Seorang lelaki bernama  Ango Musungu yang mempunyai lima orang isteri dan 19 anak memukau dunia dengan kekuatan rambut dan janggutnya.



Menerusi video ini , menunjukkan Musungu, 70,  tahun menunda sebuah trak pikap bersama beberapa penumpang di dalamnya dengan hanya menggunakan rambut dan janggut.

Punca kekuatan lelaki itu tidak diketahui. Masyarakat tempatan bagaimanapun menganggap Musungu antara lelaki yang mempunyai rambut  terkuat di dunia.

Musungu telah berkahwin dengan lima isteri dan mempunyai 19 anak serta lebih 30 cucu.

“Saya mengahwini ramai isteri kerana merasakan kuasa dalam diri saya. Isteri-isteri  saya juga menyayangi saya kerana kegagahan saya dan saya juga seorang lelaki yang tampan,” katanya. 

Mengenai bagaimana dia mendapat kuasanya, lelaki tersebut berkata, ia datang kepadanya melalui mimpi. 
 

0/kiriman komen