Seorang penunggang motosikal nekad menerjah sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di Ponorogo, Jawa Timur sehingga ke pelamin pengantin.
Menerusi video ini, seorang wanita memakai topi keledar dan jaket serta menunggang motosikal Honda Scoopy putih dilihat memasuki majlis perkahwinan yang sedang berlangsung.
Kejadian itu berlaku kelmarin ketika kedua-dua mempelai berada di pelamin, sekali gus menyebabkan tetamu majlis terkejut.
Menurut seorang penduduk bernama Galih, ada yang mengaitkan wanita itu dengan pengantin lelaki, tetapi mereka tiada kena-mengena.
Akhirnya dia berpatah balik selepas disorak orang ramai.
Galih tidak mengetahui asal usul wanita itu dan hanya melihat tetamu kehairanan melihat wanita itu menerjah masuk ke arah pelamin
Catat Ulasan