Seorang lelaki Russia menjerit ‘papa’ ketika dia diserang seekor ikan jerung yang kemudian membahamnya di pusat peranginan Hurghada semalam.
Pelancong-pelancong menyaksikan dengan ngeri dari pantai apabila jerung itu mencederakan lelaki tersebut. Ikan itu mengheretnya ke dalam laut dan membunuhnya, manakala teman wanita mangsa berjaya melarikan diri.
Mangsa yang dipercayai berusia 23 tahun sudah lama menetap di Mesir. Dia dikenali sebagai Vladimir Popov dan telah berpindah ke resort itu bersama bapanya beberapa bulan lalu.
Bapanya menyaksikan serangan maut itu dan merakam anaknya dibaham jerung.
Rakaman video itu menunjukkan lelaki itu bermati-matian menjerit ‘papa, papa’ ketika ikan itu memburunya di dalam laut, mengelilinginya sebelum melancarkan serangan ke arahnya.
Lelaki itu dilihat cuba berenang ke arah pantai tetapi diserang oleh hidupan laut tersebut ketika masih berada di perairan yang lebih dalam.
“Berenanglah, berenanglah! Cepat! Ikan jerung!’ kedengaran orang ramai menjerit.
Sementara itu, Kementerian Luar Russia mengesahkan kematian seorang warganegaranya akibat serangan jerung
Catat Ulasan