Anakonda Besar Sedang Berenang Lintasi Sampan


Ular anakonda merupakan spesies ular terbesar yang tidak berbisa boleh ditemui di atas muka bumi ini. Spesies yang paling dikenali adalah spesies anakonda hijau dan dilaporkan mampu membesar sehingga lebih daripada 5 meter dan berat lebih 90 kilogram.

Ular ini sangat terkenal sehingga banyak syarikat perfileman mengangkat tema reptilia besar itu ke dalam naskah filem di Hollywood khususnya.

Ular ini kebiasaannya dijumpai di kawasan tropika Amerika Selatan terutamanya di perairan sungai Amazon.

Penemuan ular ini sangat digeruni kerana sifatnya ganas dan boleh membunuh mangsanya serta-merta dengan cara membelitnya.

Justeru daripada itu, kelibat haiwan pemangsa ini semestinya akan menjadi perhatian kerana dapat menimbulkan rasa gerun kepada manusia.

Baru-baru ini, seorang pemancing terserempak dengan ular tersebut.Menerusi video ini  menunjukkan seekor ular anakonda yang tampak kekenyangan sedang berenang di tepi sampan pemancing  berkenaan.


Ular itu dapat dilihat berenang secara berlingkar di dalam sebuah sungai di tepi sampan dengan perut yang kembung kekenyangan selepas membaham mangsanya.

Ular itu dipercayai cuba berenang menuju ke daratan untuk berehat bersama habuan di dalam perutnya.

Lokasi video itu dirakam dipercayai berlaku di sungai Amazon. Kejadian itu  berlaku dikatakan pemancing sedang memancing ikan di sungai tersebut .

Sikap beliau harus dipuji kerana tenang sewaktu berdepan dengan kelibat haiwan besar itu.
 

0/kiriman komen