Conteng Kereta Parkir Depan Rumah Guna Lipstik


Seorang wanita di Indonesia nekad menconteng bonet sebuah kereta yang diparkir di hadapan pagar rumahnya kerana berang kenderaan tersebut tidak dialihkan.

Menerusi video ini, wanita berkenaan dilihat menconteng kereta berwarna putih itu menggunakan gincu.


Meskipun tidak akan memberi kesan kekal pada badan kereta, penggunaan gincu akan membuatkan kenderaan menjadi kotor sekiranya tidak dibersihkan dengan betul.

Kereta itu dikatakan diletakkan betul-betul di hadapan pintu pagar rumah wanita berkenaan sehingga menyukarkannya untuk keluar atau masuk ke dalam rumahnya.

Pemilik kereta tersebut juga dikatakan tidak pergi mengalihkan kenderaannya  yang mendorong wanita berkenaan menulis kata-kata peringatan.

Yang tinggal di rumah di tepi jalan pasti boleh memahami keadaan ini.Idea yang bagus tetapi mahu tahu juga, apa yang berlaku seterusnya?.
 

0/kiriman komen