Curi Beg Ketika Solat Subuh


Kelibat seorang pencuri menggunakan selimut untuk menyembunyikan identiti berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) Surau Kampung Indah, Bahau, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, seorang warga emas, Abdul Rahman Salimap, 68 menyedari begnya tiada dan kehilangan dokumen penting termasuk kad bank serta wang tunai RM150 selepas beg silang miliknya di curi lelaki ‘berselimut’ ketika solat subuh, di surau itu.

Menurut anak tirinya, Rafika Fitri Masweldi, 33, bapanya itu sering menunaikan solat lima waktu di surau berkenaan dan kejadian itu merupakan kejadian kelima membabitkan jenayah curi dan pecah tabung surau di situ.

“Kejadian kira-kira pukul 6 pagi, ketika itu ayah jadi imam dan ada jemaah wanita di belakang tabir, bagaimana pun ayah sedar ada kelibat belakangnya namun beranggapan ada jemaah lain datang hendak solat."

“Selesai solat, beg yang diletakkan di tepi sudah hilang, lalu ayah memaklumkan perkara itu kepada imam sebelum memeriksa CCTV,” katanya.


Berdasarkan rakaman CCTV ini, memaparkan seorang lelaki dilihat masuk ke dalam surau dengan menutup muka dan badannya menggunakan kain dipercayai selimut.

Lelaki berkenaan kemudiannya mencapai beg silang di bahagian tepi surau sebelum keluar.

Menurut Rafika , selain kad bank dan wang tunai, turut berada dalam beg berkenaan adalah lesen memandu, kad pengenalan serta beberapa dokumen lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan
 

0/kiriman komen