Dua Individu Guna Taktik Pukau Peniaga


Seorang lelaki nyaris dipukau dua individu tidak bertanggungjawab yang datang ke kedainya berpura-pura ingin membeli baju.

Menurut Rezqiyusufco Warehouse, individu berkenaan bukan pertama kali hadir ke kedainya.


“Bulan Mac hari itu dua ekor ni dah datang kedai kami. Cubaan nak pukau saya. Ini dia berani datang lagi,” katanya.

Menerusi video ini, peniaga terbabit yang menyedari kehadiran individu terbabit segera ke bahagian belakang untuk mengelak daripada berurusan dengan mereka berdua.

“Perhatikan, dia cuba nak perangkap ‘husband’ dekat tengah-tengah tu. Tapi ‘husband’ cepat-cepat lari ke belakang.

“Modus operandi dia sama. Buat-buat nak tanya pasal barang,” katanya lagi.

Bagaimanapun dua individu terbabit dilihat segera keluar daripada kedai tersebut setelah menyedari peniaga tidak berseorangan di kedai.

Tambahnya, dia menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tindakan dua individu berkenaan.

“Hati-hati semua, dua orang ni dah viral keliling satu Malaysia buat kerja pukau ni. Jangan bagi orang dekat dan sentuh awak semua,” katanya.

Ada segelintir orang ramai yang mendakwa turut pernah terkena dengan dua individu tersebut.

“Kak kedai dekat mana? Sebab gaya dia macam sama dengan orang yang pukau ibu saya pula,” kata Winter Meow.

“Baru hari itu datang dekat kedai mak aku tanya pasal duit. Katanya nak tengok duit RM50. Lepas itu kami kata sini ‘cashless’ lepastu tunjuk QR. Mereka terus pergi,” ujar Sya.


 

0/kiriman komen