Gagal ‘Sempurna’ Ujian Memandu


Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik kereta dipandu oleh seorang wanita yang sedang mengambil ujian memandu, melanggar sebatang tiang lampu di Lanus, Argentina.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu.


Rakaman CCTV ini menunjukkan kereta itu gagal membelok ke kanan dengan sempurna dan pemandunya gagal mengawal kenderaan. Kereta itu sebaliknya bergerak laju dan merempuh tiang lampu sebelum terbalik.

Anggota-anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan pemandu wanita itu selepas kemalangan berlaku.

Mangsa yang dihantar ke sebuah hospital berdekatan bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan

 

0/kiriman komen