Peminat MotoGP seluruh dunia dikejutkan apabila menyaksikan kemalangan yang mengerikan bila mana Marc Marquez terjatuh sebelum dilanggar Johann Zarco.
Sesi latihan Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring berbaki tiga minit apabila jentera Zarco terbelah dua sebelum pegawai menghentikan terus sesi itu.
Marquez, 30, bersedia untuk membelok ke kanan di satu selekoh tetapi dia hilang keseimbangan lalu terbabas ke tepi litar.
Ketika dia terbabas dari litar, jenteranya bertembung dengan jentera Zarco, 32, yang berada di belakangnya.
Apa yang mengejutkan ramai jentera Zarco terbelah dua, sesuatu yang jarang berlaku dalam perlumbaan MotoGP sebelum ini.
Marquez segera bangkit sambil berlari semula ke arah litar untuk meneruskan latihan dengan menggunakan jentera keduanya tetapi bendera kuning bertukar kepada merah dan sesi itu ditamatkan.
Zarco mengambil sedikit masa sebelum bangkit semula, tetapi selepas marsyal datang untuk memeriksa keadaannya, dia boleh berdiri dan keluar dari litar.
Perlumbaan pantas tetapi keselamatan harus sentiasa diutamakan. Gembira melihat kedua-duanya, berharap dapat melihat mereka kembali beraksi tidak lama lagi.
Juara dunia MotoGP enam kali, Marquez hanya meraih 15 mata daripada enam perlumbaan pertama musim 2023.
Zarco menghuni tangga kelima dengan 88 mata, 43 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Francesco Bagnaia
Catat Ulasan