Kereta Google Maps Sesat


Sebuah kereta Google Maps tersesat di sebuah kebun tebu di Malang, Jawa Timur selepas mengikuti arahan pada aplikasi pemetaan tersebut.

Dalam kejadian pada Khamis minggu lalu, kereta Honda HR-V yang mempunyai kamera pada bahagian atas bumbung itu melalui jalan mati tersebut selepas gagal berpatah balik akibat permukaan jalan yang licin selepas hujan.


Menyedari kenderaannya menghadapi masalah, pemandu berkenaan meminta tolong penduduk setempat sebelum mereka membantunya menggerakkan kereta itu sejauh 400 meter menggunakan tali.

“Pada awalnya, penduduk tidak mengetahui bahawa kereta Google Maps masuk ke kawasan itu kerana sekiranya kami tahu, pasti kami memaklumkan bahawa  ia  jalan mati,” kata seorang penduduk, Amin.

Menurut Amin, jalan ke kebun tebu itu sememangnya muncul pada Google Maps, namun ia sebenarnya jalan mati.

Tambahnya, itu bukan kejadian pertama kenderaan tersesat masuk ke dalam kebun tersebut kerana pada tahun lalu, terdapat sebuah kereta lain nyaris  melalui jalan sama.

Insiden itu menjadi lucu apabila ia disifatkan seperti ‘senjata makan tuan’.

Itu akibatnya kalau selalu buat orang sesat (Google Maps), sekarang anda sendiri yang sesat.

Google Maps pun boleh tersesat. Kalau perempuan yang tersesat anda katakan dia tidak pandai membaca peta.

Kereta Google Maps dikenali ramai kerana ia mempunyai kamera besar pada atas bumbung dan berfungsi merakam gambar di sekelilingnya ketika bergerak di jalan-jalan raya untuk pemetaan Street View.

 

0/kiriman komen