Kunci Pintu Pejabat Elak Pekerja Keluar Tanpa Kebenaran


Sebuah syarikat teknologi di India mengundang kecaman orang ramai selepas  seorang pengurusnya mengarahkan pengawal keselamatan mengunci pintu bangunan pejabat bagi mengelakkan pekerja keluar  tanpa kebenaran.


Menerusi video ini, seorang pengawal keselamatan menggunakan mangga kunci untuk mengunci pintu  bangunan pejabat Coding Ninjas di Gurugram, India.

Pengawal keselamatan itu berkata,  dia diarahkan oleh ‘tuan Anurag’ untuk bertindak demikian. Individu yang dinyatakan ialah  seorang pengurus  syarikat berkenaan. Dia mengarahkan berbuat demikian kerana  enggan membiarkan kakitangan keluar tanpa kebenarannya. 

Video tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang mengetengahkan isu seperti eksploitasi pekerja serta persekitaran tempat kerja yang negatif.

Menurut jurucakap Coding Ninjas, insiden itu telah diperbetulkan  selain pengurus berkenaan mengakui kesilapan  dan meminta maaf.

“Kami mahu menjelaskan bahawa insiden di salah sebuah pejabat kami itu disebabkan oleh tindakan seorang kakitangan dan amat dikesali.

“Ia bertentangan dengan nilai dan budaya Coding Ninjas sebagai sebuah organisasi,” ujarnya.

Bayangkan jika berlaku  kebakaran. Bagaimana sebuah organisasi beroperasi dengan tahap empati seperti itu.

0/kiriman komen