Seorang penumpang syarikat penerbangan Garuda Indonesia mengesan sebuah layang-layang yang tersangkut pada sayap pesawat yang dinaikinya.
Menurut Ricky Suhendar , kejadian itu berlaku pada Khamis lalu dalam penerbangan GA 114 dari Jakarta ke Palembang.
Selepas melihat layang-layang itu, Ricky segera memaklumkannya kepada pramugari tetapi dia tidak segera memaklumkannya kepada juruterbang.
Mereka bernasib baik apabila seorang pegawai di landasan memberi isyarat kepada juruterbang dengan melambai dan menyilangkan tangannya.
Juruterbang kemudian membuat keputusan untuk menangguhkan penerbangan supaya masalah itu diselesaikan.
Catat Ulasan