Tular susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala dirakam di puncak Gunung Welirang, wilayah Jawa Timur.
Gunung Welirang merupakan gunung berapi aktif dengan ketinggian 3,156 meter dari aras laut yang terletak di Mojokerto.
Menerusi video ini , sekumpulan lelaki dilihat sedang berdiri di puncak Welirang yang ketika itu berkabus, dengan masing-masing merakam pemandangan di sekitarnya.
Namun, ramai yang terkejut apabila melihat bahagian awal video ini memaparkan kelibat seorang lelaki berbaju lengan pendek sekali gus berbeza dengan pendaki lain yang memakai pakaian tebal kerana kabus tebal dan angin kuat.
Lebih menyeramkan adalah susuk tubuh itu tidak mempunyai kepala, malah ia berdiri berhampiran pendaki lain serta menghala ke arah kamera.
Reaksi kumpulan pendaki tersebut juga menunjukkan seolah-olah mereka tidak menyedari kehadiran lembaga itu.
Sekiranya lelaki itu menundukkan kepalanya, pasti ia boleh dilihat kerana keadaannya yang menghala ke arah kamera.
Kalau menunduk, kenapa kepalanya tidak kelihatan kerana badannya menghala ke arah kamera?
Namun,ada juga yang percaya bahawa susuk itu ialah manusia sebenar yang sedang menundukkan kepalanya. Menurut mereka, kepala lelaki itu tidak kelihatan kerana keadaan puncak gunung yang berkabus tebal.
Catat Ulasan