Seorang lelaki Las Vegas mendakwa melihat dua makhluk asing berketinggian sehingga 3.04 meter (10 kaki) di halaman rumahnya sendiri pada bulan laluPenemuan itu berlaku pada malam 31 Mei lalu.
Lelaki berkenaan menyifatkan makhluk yang dilihatnya sebagai 100 peratus bukan manusia.
“Saya mendengar sesuatu jatuh dari langit. Saya berpaling. Satu-satunya perkara yang saya lihat adalah cahaya besar bergerak dari langit. Beberapa ketika kemudian, saya merasakan berlaku dentuman,” kata lelaki itu.
Dia mendedahkan bahawa sistem televisyen litar tertutup (CCTV) milik jirannya jelas menunjukkan cahaya terang diikuti bunyi dentuman.
“Apabila ini berlaku, satu-satunya perkara saya lihat di belakang rumah ialah makhluk asing yang tinggi. Tingginya sekitar 2.43 meter (8 kaki) hingga 3.04 meter (10 kaki). Saya menelefon ayah saya. Dia pergi ke halaman belakang dan melihat makhluk sama ada di sana. Dia menyuruh saya masuk ke dalam rumah,” katanya.
Kejadian itu berlaku selepas kamera badan polis yang menjawab panggilan lelaki itu didedahkan. Ia menunjukkan bola cahaya biru kira-kira pukul 11.50 malam (waktu tempatan) pada 30 April lalu.
Kira-kira 39 minit selepas panggilan pertama, seorang lagi penduduk menghubungi talian kecemasan 911 dengan menyatakan bahawa terdapat dua entiti yang tidak diketahui di belakang rumahnya selepas dia melihat objek tersebut bergerak dari langit.
Catat Ulasan