Seorang wanita berkongsi kisah sedih selepas wang kedainya dicuri ketika dia sedang berurus niaga bersama seorang pembeli.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan memaparkan kehadiran individu terbabit yang dilihat berpura-pura membeli barangan di kedai berkenaan.
Bagaimanapun, individu tidak bertanggungjawab itu dilihat dengan sengaja mengambil duit yang berada di atas meja dan memasukkannya ke dalam beg ketika peniaga tersebut leka mencari stok yang diminta.
Wanita berkenaan meluahkan rasa sedihnya kerana wang tersebut merupakan hasil titik peluh mereka mencari rezeki siang dan malam demi kelangsungan hidup.
“Makcik, sedar tak awak dah hancurkan hati kami yang penat kerja pagi ke malam untuk beraya dengan keluarga kami,” katanya.
Tambahnya lagi, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk melayan karenah individu terbabit, namun dibalas dengan keburukan.
“Kami dah sehabis baik jalankan tugas layan makcik. Tapi ini lah manusia yang tidak ada otak dan hati perut. Tak fikir penat lelah kami usaha pagi ke malam,” katanya.
Ingatkan rembat tudung saja. Rupanya dapat ambil duit juga..
Catat Ulasan