Mengamuk Minta Ibu Beli Beg Tangan


Seorang wanita mengamuk di halaman rumah untuk meminta ibunya membelikan beg tangan baharu.

Ketika kejadian, wanita itu pada awalnya dilihat melempar barang ke atas tanah sambil merengek. 

Dia kemudian berkelakuan seperti seorang kanak-kanak apabila menangis sambil berguling-guling di atas tanah.


“Belikan saya beg tangan, mak,” jerit wanita itu kepada ibunya yang berada di tangga rumah.

Mendengar permintaan itu, si ibu mengaku tidak dapat membeli beg kerana ketiadaan wang sebelum dia memarahi anaknya.

Tantrum di usia tua, memang ngeri ya. Saya sangkakan kanak-kanak sahaja tantrum, ternyata orang tua pun ada.
 

0/kiriman komen