Seorang wanita tidak melakukan kerja rumah selepas suaminya mendakwa bahawa dia hanya duduk di rumah tanpa berbuat sesuatu.
Menerusi video ini, dia menunjukkan keadaan rumahnya selepas dua hari dia enggan mengemas ekoran komen suaminya itu.
Bagi menjelaskan situasi itu, dia menulis: “Suami saya membuat komen bahawa saya tidak melakukan apa-apa di rumah. Jadi selama dua hari, saya benar-benar tidak melakukan apa-apa.”
Dalam klip video ini juga, Donnelly pertama kali mempamerkan dapurnya yang bersepah, permainan anaknya dan pinggan mangkuk kotor.
Dia kemudian menggerakkan lensa kamera ke ruang makan, di mana terdapat kemeja putih dan seterika di atas meja makan.
Ramai yang yang meminta dia menceraikan suaminya.Namun begitu , suaminya telah menjelaskan keadaan dan berkata bahawa dia telah meminta maaf berikutan komennya itu.
Catat Ulasan