Dua pencuri memecah masuk ke dalam bilik sewa seorang wanita selepas menemui kunci yang disembunyikan di hadapan bilik tersebut,.
Rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) ini menunjukkan detik kedua-dua penjenayah itu tiba di lokasi yang terletak di daerah Bang Lamung, wilayah Chon Buri, Thailand, pada pukul 6 petang (waktu tempatan) Selasa lalu, manakala kenderaan yang mereka gunakan tidak memiliki plat pendaftaran.
Bilik yang disasarkan adalah milik Namphueng Iamsiri, 29, seorang jurujual kosmetik.
Berdasarkan rakaman CCTV ini, suspek pertama kelihatan berusia lebih kurang 30 hingga 40 tahun, tinggi dan berbadan sasa, berbaju biru serta berseluar panjang.
Suspek kedua berbadan sederhana, memakai baju singlet putih, seluar jean, selipar dan memiliki tatu di lengannya, manakala kedua-duanya menyembunyikan muka mereka dengan visor topi keledar.
Polis Banglamung sedang berusaha menjejaki suspek dengan menganalisis rakaman CCTV yang ada.
Catat Ulasan