Suami Rupanya Sidai Baju


Seorang wanita yang menyangka suaminya hilang semasa tengah malam terkejut melihat lelaki itu sebenarnya sedang menjemur pakaian di luar rumah.


Menerusi video ini ,  wanita itu berkata,  dia terjaga daripada tidur ketika jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.

Dia  terkejut  mendapati suami  tidak berada di dalam bilik,  sebaliknya hanya anaknya kelihatan tidur nyenyak.

Dia membuka tingkap rumah dan mendapati suaminya baru selesai mencuci pakaian serta  menjemurnya pada ampaian di hadapan rumah mereka.

Wanita itu meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang rajin membantu melakukan  kerja rumah. 

“Ternyata, suami  tidak tidur,  malah baru selesai mencuci pakaian. Suami saya memang terbaik, saya amat mensyukurinya,”katanya lagi.

Suami  jiran  saya juga begitu tetapi  bukan pada  waktu malam. Dia membantu mencuci pakaian selepas waktu subuh.


0/kiriman komen