Tapir Berkeliaran Di Marang


Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mengesahkan seekor tapir tersesat telah memasuki pusat bandar daerah ini di sini awal minggu lalu.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, begitupun, haiwan terancam tersebut dipercayai telah memasuki semula habitatnya di Hutan Bukit Kor di sini tidak lama kemudian.

“Kami mendapat laporan seekor tapir berkeliaran di pusat bandar Marang berhampiran Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Marang di sini pada 12 Jun lalu dan anggota Perhilitan negeri segera turun padang dan pemeriksaan mendapati haiwan liar terbabit telah memasuki semula Hutan Bukit Koh berhampiran,” katanya.


Kean Seong berkata, pihaknya percaya tapir yang dipaparkan dalam klip video ini adalah haiwan sama yang dilaporkan pada 12 Jun lalu.

Begitupun, sekiranya ia merupakan haiwan berlainan, beliau meminta individu terbabit segera melaporkan kepada Perhilitan bagi tindakan selanjutnya. 

 

0/kiriman komen