Terima Mas Kahwin RM 93,000, Kereta HR-V


Di majlis pernikahan , seorang wanita yang berpurdah  menerima mas kahwin berjumlah 300 juta rupiah (RM93,402), beras 200 kilogram (kg) dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V.


Proses jujuran adalah satu kewajipan mengikut adat masyarakat Banjar di mana pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan dengan membawa wang mas kahwin, satu set alat kelengkapan solat dan barang-barang bilik termasuk pakaian.

Dalam video ini, beberapa ahli keluarga pengantin lelaki dilihat mengeluarkan wang tunai yang berada di dalam kotak mas kahwin.

Pengantin perempuan yang berpurdah pula dilihat memakai perhiasan emas seperti rantai, gelang dan cincin ketika melihat mas kahwin yang diterimanya. 

Selepas proses jujuran berlangsung, upacara akad nikah terus diadakan.Semoga menjalani rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah, dikurniakan keturunan dengan cepat.
 

0/kiriman komen